Thursday, 27 October 2011

Andai akhir nafas di hujung helaan


Betapa sayunya hati ini mengenangkan satu pemergian. Pemergian yang tiada kembali namun kuharap bertemu di akhirat yang abadi.

Air mata yang kutahan akhirnya menitis. Lemahnya hati ini membaca coretan duka daripadamu…

Sahabatku, kita selalu dikatakan kembar. Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.

Seorang kembar demam pasti yang seorang lagi turut demam.

Kau merasakan dukanya, tentunya diri ini turut merasanya.

Pemergian orang yang kita sayang tentunya seakan merobek sebahagian hidup kita. Setiap kenangan bersama pasti akan tersingkap setiap masa. Begitulah perasaan seseorang yang kehilangan. Kerinduan yang teramat di dalam hati.

Namun wahai hati, dikau harus kuat. Setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajal.

Pemergian inilah yang mengingatkan kita kembali tentang tujuan hidup di dunia ini. Berapa banyak amalan ibadah kita untuk dibawa bersama. Berapa banyak bekalan kita nanti. Terjagakah hubungan kita selama ini sesama manusia dan Allah, Pencipta manusia…


“Wahai air mata. Engkau mudah menitis di saat mendengar berita kematian…

Duhai air mata, aku gembira menerima kehadiranmu agar hati ini tidak menjadi sekeras batu…

Namun air mata, ingatkanlah daku akan tujuanku hidup di dunia ini. Kekalkanlah aku dalam jalan Allah dan ingatkanlah aku tika aku leka dan alpa… “


Luluh hatiku yang sayu mengenangkan raut wajah usrati tersayang.

Ampunilah dosaku ya Allah... ampunilah hambaMu ini...

Monday, 30 May 2011

Jika kita adalah mereka...



Ramai yang sedih dan ramai yang menangis. Namun sejauh mana tangisan kita mampu memberi sebuah kemerdekaan menggantikan episod-episod duka rakyat Palestin. Ramai yang meratap tidak kurang juga yang mengharap. Namun masih ramai muda-mudi kini lemas, hanyut dalam kehidupan duniawi penuh fantasi. Lantas, apakah usaha kita kini?

Saudara kita di Palestin menanti saban hari dengan penuh keyakinan akan hadirnya seorang pejuang yang bakal menjulang bendera Palestin bersama mereka. Kemenangan ini bukan hanya untuk mereka malah kemenangan ini milik kita bersama!

Wahai umat akhir zaman, layakkah kita bergelar umat Muhammad? Kita bersuka ria di alam sementara ini sedangkan mereka merintih hiba menangisi pemergian orang yang tersayang. Namun kebimbangan ini hanyalah sementara bagi mereka kerana kebahagiaan akan mereka kecapi kelak di akhirat yang kekal abadi.

Azan berkumandang tanda masuknya waktu Subuh menyeru sekalian hamba Allah untuk bangun beribadah kepadaNya. Pagi kita sering dihiasi dengan ketenangan menyebabkan kita alpa akan nikmat keamanan yang kita perolehi. Sedarkah kita akan keperitan saudara kita di Palestin saat menantikan hari esok? Setiap hari mereka dihadiahkan dengan butiran peluru namun mereka tidak pernah merungut lemah malahan keperitan inilah yang menjadikan mereka lebih tabah dan matang.

Gugurnya mujahid-mujahid Islam tidak bermakna mereka kalah. Gugurnya mereka tanda syahid di jalan Allah. Pemergian mereka bukanlah sia-sia. Semangat juang mereka tetap terus mengalir di dalam diri anak-anak kecil mereka yang sudah terdidik untuk memperjuangkan agama Allah yang agung. Betapa murninya hati anak-anak ini berbekalkan seketul batu di jalanan menentang ratusan kereta kebal di hadapan dengan harapan mampu manggapai sebuah kemenangan. Mereka yakin akan janji Allah bahawa Islam pasti akan menang. Janji inilah yang mereka bawa hari ini untuk mara berjuang hingga ke titisan darah terakhir.

http://iskandariah.perubatan.org/v1/2011/05/jika-kita-adalah-mereka/


Monday, 16 May 2011

hari-hari, hari ibu


5 APRIL 2015

Aku seperti kebiasaannya akan duduk melepak di depan tv. Anak mataku tidak beralih walaupun seinci dari kaca tv memerhatikan setiap gerak geri pelakon kegemaranku. Bunyi derapan kaki dari belakang mencuri tumpuanku dan mengembalikan aku ke dunia nyata. Seingat aku, aku seorang saja yang berada di rumah hujung minggu sebegini sejak ibuku meninggal dunia tiga bulan yang lalu. Abangku sudah lama lesap bersama kawan-kawannya. Aku pun lantas memusingkan kepalaku dengan laju mengatasi kelajuan kipas ruang tamu rumahku. “Erk, ayah.” Degupan jantungku yang pantas tadi, kini kembali normal 70 degupan seminit. “Ayah nak keluar jap. Nak bayar bil. Jaga rumah elok-elok. Jangan lalai sangat.” Aku hanya mampu tersenyum kambing.

6 APRIL 2015

Aku terkocoh-kocoh keluar dari bas sekolah dan berlari sepenuh tenaga ke hadapan pintu pagar sekolah. Jam menunjukkan pukul 9.35 pagi. Aku terlewat tiga puluh lima minit untuk menduduki Peperiksaan Percubaan SPM. Keasyikan bermain game PES semalam mencuri masa tidurku tanpa aku sedari dan akhirnya aku tertidur jam 3.25 pagi. Mataku bulat memandang kertas peperiksaan yang bersih tanpa secalit pun dakwat pen. Loceng berbunyi menandakan waktu telah tamat seiring dengan suara Ckikgu Hamid meminta semua meletakkan pen masing-masing. Aku bangkit dari kerusi tempat dudukku dan melangkah perlahan ke arah Shafiq, teman baikku. Wajah Shafiq jelas menunjukkan riak gembira dan lega seusai menjawab kertas terakhir tadi.

7 APRIL 2015

“Shafiq, aku tak boleh ikut kau la esok. Kakak aku ni dah plan nk sambut Hari Ibu.” Aku dan Shafiq yang sedang rancak berborak serentak menoleh ke arah Anwar. Suasana tiba-tiba berubah suram. Shafiq memandangku dengan ekor matanya. Aku lantas tertunduk dan menunggu bicara mereka seterusnya. “Sorryla. Eh, korang berdua ni tak kan la takde plan kot?” Aku memberanikan diri memandang mata Anwar. Sebelum aku sempat menjawab, Shafiq memberi amaran kepada Anwar dengan signal matanya.

Aku baring sambil meletakkan tangan di dahi. Penat masih lagi terasa sejak balik dari sekolah tadi. Aku teringat pesan mak sebelum mak pergi meninggalkan aku buat selamanya. “Safwan, kalau wan dapat 10A, mak nak kasi wan motosikal.” Aku mengesat air mataku yang mengalir di pipi. Betapa aku merindui raut wajah ibuku yang sering tersenyum dan ceria walaupun berhimpun masalah di dada. Ibu sering menasihatiku ketika aku dilanda masalah berkaitan pelajaran dan dialah yang selalu memujukku ketika ayah dan abang memarahiku. Kini aku telah berubah. Aku melupakan janjiku kepada ibu. Tempoh tiga bulan amat singkat untuk aku menjadi seperti Safwan yang dulu.

8 APRIL 2015

Hari ini dirasakan amat lama bagiku. Di sekolah kawan-kawanku sibuk bertanyakan perihal sambutan Hari Ibu dan kejutan untuk ibu masing-masing. Aku menguncikan diri di kamarku. Aku ingin tidur dan melupakan segalanya. Aku ingin hari esok muncul dengan sinar baru. Sedang kelopak mataku semakin berat, tiba-tiba pintu bilikku diketuk dari luar. Ayah memanggil namaku dengan lembut. Aku berasa amat tenang seolah-olah terdengar suara milik wanita kesayanganku memanggil namaku. Niatku untuk tidur terbantut. Aku bangun dari katil dan membuka pintu. Ayah memberiku sepucuk sampul surat lantas pergi tanpa sebarang kata. Aku terpana sebentar dan tanpa membuang masa aku membaca isi kandungan surat tersebut.

Assalamualaikum wbt

Safwan, apa khabar Wan sekarang? Maafkan mak, mak tak mampu meraikan kejayaan Safwan bersama-sama. Maafkan mak Wan, mak tahu masa mak amat singkat untuk bersama-sama dengan Wan tapi mak harap Wan tabah menghadapi ujian ini. Mak sentiasa mendoakan kejayaan anak mak. Kalau mak pergi nanti, mak harap Wan jadilah anak yang soleh dan mendengar kata ayah. Wan jadilah pelajar yang rajin dan tekun. Kalau Wan ada masalah, ingatlah Allah ada di sisi Wan. Dialah yang Maha Mengetahui segala isi hati.

Mak tahu Safwan kuat. Jaga diri Wan, abang dan ayah. Mak tahu mak boleh harapkan anak bujang mak ni. Terlalu banyak ingin mak katakan kepada Wan. Mak harap Wan sentiasa ingat pesan mak dulu. Mak sayangkan Wan. Kalau Wan teringatkan mak, Wan ingatlah pesan mak dan dekatkanlah diri Wan kepada Allah kerana Dialah tempat mengadu dan meminta pertolongan.

Yang menyayangimu selalu.

Aku menangis semahu-mahunya. Aku tahu ayah perasan akan perubahan diriku sekarang.

Mak, kalaulah mak masih ada di sisi Wan, Wan takkan mensia-siakan setiap detik kita bersama. Wan amat sayangkan mak. Wan rindukan mak sangat. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa rindu dan sayangnya Wan pada mak. Mulai saat ini, Wan akan dengar nasihat mak. Wan akan kotakan janji Wan.

Bertuahnya insan yang masih mempunyai ibu sedangkan diriku merindui selalu belaian ibu. Hari Ibu, hari yang amat bermakna bagiku. Meskipun tanpa ibu di sisi, aku masih ada ayah, abang dan juga kenangan manisku bersama ibu. Ya Allah, tempatkanlah ibuku di kalangan hambaMu yang soleh. Amin.

“Mak, Selamat Hari Ibu.”


http://iskandariah.perubatan.org/v1/2011/05/kurindu-raut-wajahmu/


Thursday, 20 January 2011

menanti di BARZAKH


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,

Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dimuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk kumengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

,

Ya Allah... ampunkanlah dosa kami ya Allah...

Selagi masih bernyawa... bertaubatlah...

Sunday, 16 January 2011

OPEN our eyes



"Cantikkan bunga ni..."

"Bestnyaaa kalau adik dpt bunga tiap2 hari"




"Siapa yg buat pantai ni mak? cantiknyaaaa..."

"Mak, adik suka pantai. Nak pegi pantai tiap2 hari lah mak :D"


Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us



SUBHANALLAH




Friday, 7 January 2011

Menuju WAWASAN


Menuju Wawasan - Suara Firdaus


Umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
jangan buang masa,
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata ,
umat islam sentiasa boleh,
umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah rasulullah
bersama berusaha, bersatu tuju wawasan dunia dan akhirat
wawasan dunia akhirat
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
umat islam sentiasa boleh.

wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
kuat usaha jujur dan amaanah
sentiasa mengharap keredhaan Allah

akidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa akidah wawasan syaitan
pegangan mereka harus diikut
ulama warisan ambiya'
ajaran sesat wajid dihindari
pegangan mereka harus diikut

umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata


Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2008/11/menuju-wawasan-suara-firdaus.html#ixzz1AQROaKOA