Tuesday 4 December 2012

Pemilik Al-Quds


Selagi darah masih mengalir membekalkan oksigen kepada jasad milik Allah ini, akan ku cuba menunaikan amanahku sebagai hambaMu ya Allah, InsyaAllah.

Sekadar perkongsian kepada semua.  

Masrah Iskandariah, 29 Nov 2012 ; Ustaz Ulwan


Pemilik Al-Quds

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar!!!

Seperti yang kita maklum, mulianya Al-Quds ini, Allah sebut dalam Al-quran menerangkan tentang peristiwa Israk dan Mikraj.



Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat. (Al-Isra’ 17:1)


Sabda Baginda Rasulullah SAW:
“ Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI.”

Kata-kata Dr. Yusuf Al-Qardawi : Isu PALESTIN bukan sekadar isu semasa, tapi isu ini adalah isu AKIDAH!

Peristiwa Khaibar
Sebelum kelahiran baginda Rasulullah SAW, Yahudi telahpun datang ke Yathrib yang kini dikenali dengan nama Madinah. Pihak Yahudi percaya bahawa nabi akhir zaman akan lahir dalam kalangan Yahudi di Yathrib. Mereka menantikan kelahiran Nabi Muhammad SAW dan berharap baginda akan dilahirkan dalam golongan Yahudi. Namun sebaliknya, Nabi Muhammad SAW lahir dalam kalangan orang Quraisy. Golongan Yahudi sangat marah lantas membuat kerosakan di sana dan sehingga suatu ketika Nabi Muhammad menghalau mereka kerana mereka telah memecahbelahkan umat Islam.

Rentetan peristiwa di Palestin

  • Saidina Umar Al-Khattab menghantar seramai 30 000 tentera Islam yang diketuai oleh Abu Ubaidah Amir Al-Jarrah untuk menentang 700 000 tentera Rom yang pada ketika itu merupakan sebuah empayar yang sangat hebat.  Perang ini dinamakan sebagai Perang Yarmouk dan inilah detik pertama kalinya Bumi Palestin diselamatkan. Allahuakbar!
  •  Saidina Umar kemudian pergi ke Masjidil Aqsa untuk mengambil kunci Al-Quds daripada Yahudi. Di sana, Saidina Umar pegi ke suatu tempat yang tinggi dan memberikan khutbah. “Kita adalah kaum yang dimulikan dengan Islam, Sesiapa yang mencari kemuliaan dengan nama bangsa dan keturunan (selain daripada Islam) maka dia akan dihina oleh Allah”
  • Beberapa dekad berlalu, disebabkan umat Islam pada masa tersebut lari dari landasan Islam yang sebenar, Palestin kembali ditakluk oleh tentera Salib.
  • Beratus-ratus tahun Palestin berada di bawah taklukan tentera Salib. Satu tempoh yang agak lama.
  •  Namun, sekali lagi pejuang muda Islam, Salahuddin Al-Ayubi Berjaya menakluk kembali Palestin ke tangan kerajaan Islam. Allahu akbar! Rentetan daripada peristiwa tersebut, Islam tersebar di seluruh pelusuk dunia.
  •  Pada zaman itu, Negara Eropah melalui Zaman Gelap yang tidak bertamadun. Ibnu Fadhlan(seorang Muslim) pada ketika itu melalui Eropah sebelum menuju ke destinasi beliau untuk berjumpa seorang pemerintah. Beliau bermalam di sana dan melihat sendiri cara hidup masyarakat Eropah ketika itu.
  •  Pada suatu hari dia tidur dan berjaga daripada tidurnya, dan dilihat seorang bangsa Eropah bangun daripada tidur dalam keadaan kusut-masai dan mengambil satu bekas untuk membasuh muka. Kemudian, dia meludah ke dalam bekas tersebut dan memberikan bekas tersebut kepada orang di sebelahnya. Orang yang seterusnya melakukan benda yang sama dan akhirnya bekas tersebut bertukar tangan dan sampai ke tangan Ibnu Fadhlan. Ibnu Fadhlan menolak bekas tersebut dek kerana jijik melihat cara hidup bangsa Eropah ketika itu yang tidak bertamadun. Peristiwa ini sendiri menggambarkan betapa hebatnya Islam ketika itu dan merupakan kerajaan yang paling bertamadun.
  • Sistem khilafah ketika itu sangat hebat dan kehebatan Islam terserlah ketika itu apabila orang Yahudi sendiri menuntut ilmu daripada Ibnu Ruj, seorang Muslim daripada Zaman Andalus. Allahu Akbar!
  • Pada tahun 1924, sekali lagi peristiwa yang amat menyedihkan umat Islam berlaku di mana sistem khalifah telah dijatuhkan. Menteri Luar British ketika itu pergi ke Syria dan pergi ke makam Salahuddin Al-Ayubi dan dia berkata. “Sesungguhnya perang salib belum selesai.”
  •  Pada 15 MEI 1948, berlaku Nakbah Palestin yang amat memeritkan umat Islam. 750 000 orang Palestin dihalau oleh Yahudi dari bumi mereka sendiri. Yahudi laknatullah merosakkan 500 buah perkampungan.
  •  Pada tahun 1949, Ramai pihak IM dibunuh oleh musuh Islam.
  •  Pada tahun 1980an, Hamas cuba membebaskan Palestin namun masih gagal.


1. Sabda Nabi SAW mafhumnya;
“Ketika mana di akhir zaman, berlaku peperangan besar di akhir zaman dan kubu yang terbaik adalah Ghutoh.”

*Beberapa hari yang lepas, pejuang Syria telah Berjaya menawan Ghutoh. *


2. Abi Tha’labah: “Wahai sahabat-sahabat sekalian, pernahkah kamu menghafaz hadith Nabi SAW mengenai kepimpinan?” Abu Huzaifah Al-Yaman: “Aku Hafaz.”
Abi Tha’labah: “Katakanlah, katakan.”
Abu Huzaifah: (mafhumnya) “Nabi Muhammad SAW pernah berkhutbah mengenai fasa pemerintahan

1.       Fasa Nubuwwah (kenabian)
2.       Fasa Mulkun ‘ala Minhaj Nubuwwah (khalifah)
3.       Fasa Mulkun Addhun
4.       Fasa Mulkun Jabbar (pemerintah kuku besi) –umat Islam ditindas yakni hari ini
5.       Fasa Mulkun ‘ala Minhaj Nubuwwah thumma Sakoto. “


3. Rasulullah SAW bersabda mafhumnya, “Akan ada dalam kalangan umatku, mereka akan menjuangkan hak mereka walaupun mereka ditindas sehingga datang pertolongan Allah.”  Sahabat bertanya, “Siapa ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “ Mereka adalah kelompok yang berada di Baitul Maqdis dan mereka yang berada di sekelilingnya.”



Justeru, sahabat-sahabat. Apa peranan kita? Kita lihat bagaimana pejuang Islam, Ayub Al-Ansori yang begitu yakin dengan hadith Rasulullah bahawa suatu hari nanti seorang pemimpin yang hebat akan menawan kota Constantinople. Ketika usia beliau menjangkau 80 tahun pun, dia turut ikut serta dalam peperangan yang diketuai oleh Yazid bin Muawwiyah kerana keyakinan beliau yang tidak pernah goyah akan hadith Rasulullah bahawa tentera Islam pasti akan menang suatu hari kelak.

Yakinlah dengan janji Allah bahawa suatu masa kelak, Islam pasti akan menang dan jangan pernah berhenti untuk mendoakan saudara-saudara kita. Sama-sama kita berusaha untuk menjadi Muslim yang lebih baik. InsyaAllah.



Friday 6 January 2012

Andai Akhir Nafas di Hujung Helaan versi cerita

Kicauan burung bersahut-sahutan seusai subuh seakan meyatakan perasaan gembira melihat terbit mentari. Mataku tertancap ke arah dua ekor burung yang seakan-akan berdialog meluahkan rasa hati. Hembusan angin bayu menampar lembut wajah mengejutkan aku daripada lamunan. Terasa dingin sampai ke tulang hitam, aku menutup tingkap kamarku.

Jumaat, 11 November 2011. Aku seperti biasa window shopping di tempat kegemaranku, Carrefour. Semua kedai kasut, baju, alat mekap, beg dan macam-macam lagi sudah aku hafal kedudukannya dan tersusun kemas di dalam minda. Aku menjadi rambang mata. Kasut tumit tinggi bewarna merah dibelekku. Warnanya agak garang tapi mampu memikat hati-hati yang melihatnya. Aku tersenyum sendiri membayangkan diriku berdiri gah memperagakan kasut pilihan hatiku.

Sedang aku leka memerhatikan diriku di hadapan cermin lagak seorang model, aku ditegur oleh pemilik suara garau barnada sinis dari belakang. “Assalamualaikum, nak tanya, pukul berapa sekarang?”

Angan-anganku pergi bersama suara garau yang merimaskan itu. Aku menjeling geram dan melihat jam tangan Rolex milikku. “Dua belas suku.” Aku menjawab malas dengan harapan lelaki yang langsung tidak aku kenali itu cepat-cepat beredar. Lelaki itu memandangku pelik. “ Ouh, dua belas suku? Enti tengah-tengah malam macam ni shopping ada musyrif ke?”

“Weyh, I shopping tengah malam ke pagi buta ke, you apa kisah? Duit I, sukati I la nak buat apa and apa tadi? Musyrif? I tak biasalah ngan benda-benda macam ni dan sekarang you dah kacau my privacy nak pilih barang yang I nak beli.” Darahku naik mendengar soalan yang tidak logik daripada lelaki itu.

Lelaki tadi senyap dan aku melihat dia cuba menghubungi seseorang. Tiba-tiba lelaki tadi menghulurkan telefon bimbit buruknya padaku. “ Assalamualaikum. Adik, ni kak Sarah. Adik tinggal kat mana?”

“Kak Sarah! Ni Siti la. Jiran akak. Saya tak faham la apa yang laki ni nak. Saya nk shopping pun tak tenang.”

“Ouh, Siti. Sekarang dah lewat sangat. Nanti esok akak teman awak ye. Esok kan cuti. Akak risau sangat awak nak balik macam mana ni. Bahaya tau. Akak selalu dengar berita pasal kawan-kawan kita kat sini kena kacau la dan macam-macam lagi. Nanti akak mintak dia hantar awak sampai rumah ya? Please Siti. Nanti akak teman Siti, InsyaAllah.”

Hatiku yang panas tadi kembali sejuk mendengar suara lembut Kak Sarah. Aku mendengar nasihat Kak Sarah dan pergi bersama lelaki tadi yang mungkin dikenali sebagai Musyrif? ‘Huh!’ Aku mengeluh di dalam hati.


Keterpaksaan. Aku ingin bebas!

Aku mengelamun meyaksikan persembahan makhluk kerdil bersayap cantik meyusur laju di awan biru. Aku benci mereka. Bebas terbang di langit luas tanpa teman, tanpa sekatan dan tanpa musyrif!

“Jaga diri. Jangan keluar sorang-sorang. Ajak akak kalau nak pegi somewhere,” pesan senior kepada junior. Aku bosan!


Pada suatu malam yang hening. Malang tidak berbau.

Jantungku berdegup laju untuk mengepam darah bagi menampung bekalan oksigen untuk tubuhku. Aku tercungap-cungap dan nafasku tersekat. Aku menekan butang hijau pada telefon bimbitku sambil berlari laju dan berharap. Ya Allah, jauhilah aku daripada sebarang musibah yang tak diingini. Tiba-tiba, tanpa aku duga, kakiku tersadung. Aku tersungkur menyembah jalan raya yang berhabuk dalam keadaan mataku tidak dapat mengesan apa-apa cahaya dek kerana kegelapan malam.

Aku menyumpah di dalam hati. Semuanya berpunca daripada sikapku sendiri yang degil dan ego. Hasratku untuk mencuci mata malam itu hancur. Nasihat Kak Sarah terngiang-ngiang di telinga. “Jaga diri. Jangan keluar sorang-sorang...” Aku gagahkan diri untuk bangun namun usahaku sia-sia. Kakiku terseliuh. Air mata mula bergenang.

Aku terdengar bunyi derapan kaki. Selangkah demi selangkah bergerak ke arahku. Perlahan. Nafasku seakan-akan terhenti. Ku sangkakan lelaki bertubuh besar yang mengejarku sebentar tadi sudah jauh dari pandangan. Nampaknya, aku silap! Aku cuba membesarkan mata, cuba mengesan makhluk di hadapanku.

“Siti, kamu ke tu?” Suara perempuan berbisik, seperti biasa ku dengar sebelum ini.

“Akak!” Aku menjerit namun suaraku tidak keluar sepenuhnya. Kak Sarah memapahku dan aku memeluknya erat atas rasa bersyukur yang tidak terhingga. Tidak sia-sia aku mengeluarkan telefon bimbitku tadi. Aku tersenyum lega.


Bulan di sebalik awan. Bunga waktu ribut.

Tiba-tiba Kak Sarah jatuh terjelepok dan aku terdengar bunyi kaca yang pecah berderai. Rupanya lelaki tadi berjaya mengesan kedudukanku. Aku terkejut dan belum sempat aku menoleh ke belakang, pipiku ditampar kuat. Nasib kami agak baik kerana sebuah teksi lalu di lorong yang gelap itu. Lelaki yang memukul Kak Sarah tadi lari menyelamatkan diri. Aku menuju laju ke arah Kak Sarah. Aku menggerakkan tubuhnya. Tiada respon. Kali ini aku memanggil nama Kak Sarah dengan kuat sambil cuba memapah Kak Sarah. Darah mengalir dengan banyak dari kepala Kak Sarah. Aku tergamam. Pak Cik teksi tadi turut tergamam.

“Ya ‘Ammmm! Mustasyfa! Mustasyfa Salamah!!! Mumkin bisur’ah!” Aku bertindak cepat sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

Seusai tiba di hadapan pintu masuk hospital, aku bertanya separuh menjerit “Duktur feyn? Duktur feyn? Sa’iduni duktur. Sa’iduni.” Mutiara jernih mengalir deras mengaburi pandanganku tanpa aku sempat menyekanya. Perasaanku tidak terkawal, dadaku sakit. Janganlah asthma menyerang di saat ini, pintaku dalam hati. Dadaku semakin sakit, pandanganku kabur dan akhirnya aku rebah jatuh ke bumi.

Aku cuba membuka kelopak mataku yang berat. Aku melihat sekeliling dan cuba mengimbas kembali kejadian malam itu. Aku mencari kelibat seseorang. Kak Sarah berbaring di sebelah katilku. Wajahnya tenang dan kepalanya berbalut. Aku melihat nafasnya naik turun. Aku sangat lega. Alhamdulillah semuanya baik.

Aku seakan-akan baru terjaga daripada mimpi yang sangat buruk. Aku berjanji akan mendengar nasihat dan pesan senior. Peristiwa semalam pasti hadir dalam ingatan menggamit memori melekat di sanubari.

“Jaga diri. Jangan keluar sorang-sorang…” pesan senior kepada junior.

Thursday 27 October 2011

Andai akhir nafas di hujung helaan


Betapa sayunya hati ini mengenangkan satu pemergian. Pemergian yang tiada kembali namun kuharap bertemu di akhirat yang abadi.

Air mata yang kutahan akhirnya menitis. Lemahnya hati ini membaca coretan duka daripadamu…

Sahabatku, kita selalu dikatakan kembar. Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.

Seorang kembar demam pasti yang seorang lagi turut demam.

Kau merasakan dukanya, tentunya diri ini turut merasanya.

Pemergian orang yang kita sayang tentunya seakan merobek sebahagian hidup kita. Setiap kenangan bersama pasti akan tersingkap setiap masa. Begitulah perasaan seseorang yang kehilangan. Kerinduan yang teramat di dalam hati.

Namun wahai hati, dikau harus kuat. Setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajal.

Pemergian inilah yang mengingatkan kita kembali tentang tujuan hidup di dunia ini. Berapa banyak amalan ibadah kita untuk dibawa bersama. Berapa banyak bekalan kita nanti. Terjagakah hubungan kita selama ini sesama manusia dan Allah, Pencipta manusia…


“Wahai air mata. Engkau mudah menitis di saat mendengar berita kematian…

Duhai air mata, aku gembira menerima kehadiranmu agar hati ini tidak menjadi sekeras batu…

Namun air mata, ingatkanlah daku akan tujuanku hidup di dunia ini. Kekalkanlah aku dalam jalan Allah dan ingatkanlah aku tika aku leka dan alpa… “


Luluh hatiku yang sayu mengenangkan raut wajah usrati tersayang.

Ampunilah dosaku ya Allah... ampunilah hambaMu ini...

Thursday 20 January 2011

menanti di BARZAKH


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,

Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dimuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk kumengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

,

Ya Allah... ampunkanlah dosa kami ya Allah...

Selagi masih bernyawa... bertaubatlah...

Sunday 16 January 2011

OPEN our eyes



"Cantikkan bunga ni..."

"Bestnyaaa kalau adik dpt bunga tiap2 hari"




"Siapa yg buat pantai ni mak? cantiknyaaaa..."

"Mak, adik suka pantai. Nak pegi pantai tiap2 hari lah mak :D"


Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us



SUBHANALLAH




Friday 7 January 2011

Menuju WAWASAN


Menuju Wawasan - Suara Firdaus


Umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
jangan buang masa,
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata ,
umat islam sentiasa boleh,
umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah rasulullah
bersama berusaha, bersatu tuju wawasan dunia dan akhirat
wawasan dunia akhirat
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
umat islam sentiasa boleh.

wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
kuat usaha jujur dan amaanah
sentiasa mengharap keredhaan Allah

akidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa akidah wawasan syaitan
pegangan mereka harus diikut
ulama warisan ambiya'
ajaran sesat wajid dihindari
pegangan mereka harus diikut

umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata


Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2008/11/menuju-wawasan-suara-firdaus.html#ixzz1AQROaKOA

Friday 26 November 2010

SOLAT itu tiang agama


Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan



Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.


Golongan 1.

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.


Golongan 2.

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.


Golongan 3.

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.


Golongan 4.

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.


Golongan 5.

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.


Golongan 6

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.


Golongan 7.

Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.


Golongan 8.

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )


Golongan 9.

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.


Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.


Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.Insya Allah...


Marilah kita berMUHASABAH

Dimanakah solat kita?

Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam gerakan kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang ahli jemaah?

Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama.

Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil kesan solat kita?

Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain.....