- Saidina Umar Al-Khattab menghantar seramai 30 000 tentera Islam yang diketuai oleh Abu Ubaidah Amir Al-Jarrah untuk menentang 700 000 tentera Rom yang pada ketika itu merupakan sebuah empayar yang sangat hebat. Perang ini dinamakan sebagai Perang Yarmouk dan inilah detik pertama kalinya Bumi Palestin diselamatkan. Allahuakbar!
- Saidina Umar kemudian pergi ke Masjidil Aqsa untuk mengambil kunci Al-Quds daripada Yahudi. Di sana, Saidina Umar pegi ke suatu tempat yang tinggi dan memberikan khutbah. “Kita adalah kaum yang dimulikan dengan Islam, Sesiapa yang mencari kemuliaan dengan nama bangsa dan keturunan (selain daripada Islam) maka dia akan dihina oleh Allah”
- Beberapa dekad berlalu, disebabkan umat Islam pada masa tersebut lari dari landasan Islam yang sebenar, Palestin kembali ditakluk oleh tentera Salib.
- Beratus-ratus tahun Palestin berada di bawah taklukan tentera Salib. Satu tempoh yang agak lama.
- Namun, sekali lagi pejuang muda Islam, Salahuddin Al-Ayubi Berjaya menakluk kembali Palestin ke tangan kerajaan Islam. Allahu akbar! Rentetan daripada peristiwa tersebut, Islam tersebar di seluruh pelusuk dunia.
- Pada zaman itu, Negara Eropah melalui Zaman Gelap yang tidak bertamadun. Ibnu Fadhlan(seorang Muslim) pada ketika itu melalui Eropah sebelum menuju ke destinasi beliau untuk berjumpa seorang pemerintah. Beliau bermalam di sana dan melihat sendiri cara hidup masyarakat Eropah ketika itu.
- Pada suatu hari dia tidur dan berjaga daripada tidurnya, dan dilihat seorang bangsa Eropah bangun daripada tidur dalam keadaan kusut-masai dan mengambil satu bekas untuk membasuh muka. Kemudian, dia meludah ke dalam bekas tersebut dan memberikan bekas tersebut kepada orang di sebelahnya. Orang yang seterusnya melakukan benda yang sama dan akhirnya bekas tersebut bertukar tangan dan sampai ke tangan Ibnu Fadhlan. Ibnu Fadhlan menolak bekas tersebut dek kerana jijik melihat cara hidup bangsa Eropah ketika itu yang tidak bertamadun. Peristiwa ini sendiri menggambarkan betapa hebatnya Islam ketika itu dan merupakan kerajaan yang paling bertamadun.
- Sistem khilafah ketika itu sangat hebat dan kehebatan Islam terserlah ketika itu apabila orang Yahudi sendiri menuntut ilmu daripada Ibnu Ruj, seorang Muslim daripada Zaman Andalus. Allahu Akbar!
- Pada tahun 1924, sekali lagi peristiwa yang amat menyedihkan umat Islam berlaku di mana sistem khalifah telah dijatuhkan. Menteri Luar British ketika itu pergi ke Syria dan pergi ke makam Salahuddin Al-Ayubi dan dia berkata. “Sesungguhnya perang salib belum selesai.”
- Pada 15 MEI 1948, berlaku Nakbah Palestin yang amat memeritkan umat Islam. 750 000 orang Palestin dihalau oleh Yahudi dari bumi mereka sendiri. Yahudi laknatullah merosakkan 500 buah perkampungan.
- Pada tahun 1949, Ramai pihak IM dibunuh oleh musuh Islam.
- Pada tahun 1980an, Hamas cuba membebaskan Palestin namun masih gagal.
Tuesday, 4 December 2012
Pemilik Al-Quds
Friday, 6 January 2012
Andai Akhir Nafas di Hujung Helaan versi cerita
Kicauan burung bersahut-sahutan seusai subuh seakan meyatakan perasaan gembira melihat terbit mentari. Mataku tertancap ke arah dua ekor burung yang seakan-akan berdialog meluahkan rasa hati. Hembusan angin bayu menampar lembut wajah mengejutkan aku daripada lamunan. Terasa dingin sampai ke tulang hitam, aku menutup tingkap kamarku.
Jumaat, 11 November 2011. Aku seperti biasa window shopping di tempat kegemaranku, Carrefour. Semua kedai kasut, baju, alat mekap, beg dan macam-macam lagi sudah aku hafal kedudukannya dan tersusun kemas di dalam minda. Aku menjadi rambang mata. Kasut tumit tinggi bewarna merah dibelekku. Warnanya agak garang tapi mampu memikat hati-hati yang melihatnya. Aku tersenyum sendiri membayangkan diriku berdiri gah memperagakan kasut pilihan hatiku.
Sedang aku leka memerhatikan diriku di hadapan cermin lagak seorang model, aku ditegur oleh pemilik suara garau barnada sinis dari belakang. “Assalamualaikum, nak tanya, pukul berapa sekarang?”
Angan-anganku pergi bersama suara garau yang merimaskan itu. Aku menjeling geram dan melihat jam tangan Rolex milikku. “Dua belas suku.” Aku menjawab malas dengan harapan lelaki yang langsung tidak aku kenali itu cepat-cepat beredar. Lelaki itu memandangku pelik. “ Ouh, dua belas suku? Enti tengah-tengah malam macam ni shopping ada musyrif ke?”
“Weyh, I shopping tengah malam ke pagi buta ke, you apa kisah? Duit I, sukati I la nak buat apa and apa tadi? Musyrif? I tak biasalah ngan benda-benda macam ni dan sekarang you dah kacau my privacy nak pilih barang yang I nak beli.” Darahku naik mendengar soalan yang tidak logik daripada lelaki itu.
Lelaki tadi senyap dan aku melihat dia cuba menghubungi seseorang. Tiba-tiba lelaki tadi menghulurkan telefon bimbit buruknya padaku. “ Assalamualaikum. Adik, ni kak Sarah. Adik tinggal kat mana?”
“Kak Sarah! Ni Siti la. Jiran akak. Saya tak faham la apa yang laki ni nak. Saya nk shopping pun tak tenang.”
“Ouh, Siti. Sekarang dah lewat sangat. Nanti esok akak teman awak ye. Esok kan cuti. Akak risau sangat awak nak balik macam mana ni. Bahaya tau. Akak selalu dengar berita pasal kawan-kawan kita kat sini kena kacau la dan macam-macam lagi. Nanti akak mintak dia hantar awak sampai rumah ya? Please Siti. Nanti akak teman Siti, InsyaAllah.”
Hatiku yang panas tadi kembali sejuk mendengar suara lembut Kak Sarah. Aku mendengar nasihat Kak Sarah dan pergi bersama lelaki tadi yang mungkin dikenali sebagai Musyrif? ‘Huh!’ Aku mengeluh di dalam hati.
Keterpaksaan. Aku ingin bebas!
Aku mengelamun meyaksikan persembahan makhluk kerdil bersayap cantik meyusur laju di awan biru. Aku benci mereka. Bebas terbang di langit luas tanpa teman, tanpa sekatan dan tanpa musyrif!
“Jaga diri. Jangan keluar sorang-sorang. Ajak akak kalau nak pegi somewhere,” pesan senior kepada junior. Aku bosan!
Pada suatu malam yang hening. Malang tidak berbau.
Jantungku berdegup laju untuk mengepam darah bagi menampung bekalan oksigen untuk tubuhku. Aku tercungap-cungap dan nafasku tersekat. Aku menekan butang hijau pada telefon bimbitku sambil berlari laju dan berharap. Ya Allah, jauhilah aku daripada sebarang musibah yang tak diingini. Tiba-tiba, tanpa aku duga, kakiku tersadung. Aku tersungkur menyembah jalan raya yang berhabuk dalam keadaan mataku tidak dapat mengesan apa-apa cahaya dek kerana kegelapan malam.
Aku menyumpah di dalam hati. Semuanya berpunca daripada sikapku sendiri yang degil dan ego. Hasratku untuk mencuci mata malam itu hancur. Nasihat Kak Sarah terngiang-ngiang di telinga. “Jaga diri. Jangan keluar sorang-sorang...” Aku gagahkan diri untuk bangun namun usahaku sia-sia. Kakiku terseliuh. Air mata mula bergenang.
Aku terdengar bunyi derapan kaki. Selangkah demi selangkah bergerak ke arahku. Perlahan. Nafasku seakan-akan terhenti. Ku sangkakan lelaki bertubuh besar yang mengejarku sebentar tadi sudah jauh dari pandangan. Nampaknya, aku silap! Aku cuba membesarkan mata, cuba mengesan makhluk di hadapanku.
“Siti, kamu ke tu?” Suara perempuan berbisik, seperti biasa ku dengar sebelum ini.
“Akak!” Aku menjerit namun suaraku tidak keluar sepenuhnya. Kak Sarah memapahku dan aku memeluknya erat atas rasa bersyukur yang tidak terhingga. Tidak sia-sia aku mengeluarkan telefon bimbitku tadi. Aku tersenyum lega.
Bulan di sebalik awan. Bunga waktu ribut.
Tiba-tiba Kak Sarah jatuh terjelepok dan aku terdengar bunyi kaca yang pecah berderai. Rupanya lelaki tadi berjaya mengesan kedudukanku. Aku terkejut dan belum sempat aku menoleh ke belakang, pipiku ditampar kuat. Nasib kami agak baik kerana sebuah teksi lalu di lorong yang gelap itu. Lelaki yang memukul Kak Sarah tadi lari menyelamatkan diri. Aku menuju laju ke arah Kak Sarah. Aku menggerakkan tubuhnya. Tiada respon. Kali ini aku memanggil nama Kak Sarah dengan kuat sambil cuba memapah Kak Sarah. Darah mengalir dengan banyak dari kepala Kak Sarah. Aku tergamam. Pak Cik teksi tadi turut tergamam.
“Ya ‘Ammmm! Mustasyfa! Mustasyfa Salamah!!! Mumkin bisur’ah!” Aku bertindak cepat sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.
Seusai tiba di hadapan pintu masuk hospital, aku bertanya separuh menjerit “Duktur feyn? Duktur feyn? Sa’iduni duktur. Sa’iduni.” Mutiara jernih mengalir deras mengaburi pandanganku tanpa aku sempat menyekanya. Perasaanku tidak terkawal, dadaku sakit. Janganlah asthma menyerang di saat ini, pintaku dalam hati. Dadaku semakin sakit, pandanganku kabur dan akhirnya aku rebah jatuh ke bumi.
Aku cuba membuka kelopak mataku yang berat. Aku melihat sekeliling dan cuba mengimbas kembali kejadian malam itu. Aku mencari kelibat seseorang. Kak Sarah berbaring di sebelah katilku. Wajahnya tenang dan kepalanya berbalut. Aku melihat nafasnya naik turun. Aku sangat lega. Alhamdulillah semuanya baik.
Aku seakan-akan baru terjaga daripada mimpi yang sangat buruk. Aku berjanji akan mendengar nasihat dan pesan senior. Peristiwa semalam pasti hadir dalam ingatan menggamit memori melekat di sanubari.
“Jaga diri. Jangan keluar sorang-sorang…” pesan senior kepada junior.