Selagi darah masih mengalir membekalkan oksigen kepada jasad
milik Allah ini, akan ku cuba menunaikan amanahku sebagai hambaMu ya Allah,
InsyaAllah.
Sekadar perkongsian kepada semua.
Masrah Iskandariah, 29 Nov 2012 ; Ustaz Ulwan
Pemilik Al-Quds
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar!!!
Seperti yang kita maklum, mulianya Al-Quds ini, Allah sebut
dalam Al-quran menerangkan tentang peristiwa Israk dan Mikraj.
Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya
(Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami
berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda
(kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat. (Al-Isra’
17:1)
Sabda Baginda Rasulullah SAW:
“ Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang
lain, maka bukan dari kalangan KAMI.”
Peristiwa Khaibar
Sebelum kelahiran baginda Rasulullah SAW, Yahudi telahpun
datang ke Yathrib yang kini dikenali dengan nama Madinah. Pihak Yahudi percaya
bahawa nabi akhir zaman akan lahir dalam kalangan Yahudi di Yathrib. Mereka
menantikan kelahiran Nabi Muhammad SAW dan berharap baginda akan dilahirkan
dalam golongan Yahudi. Namun sebaliknya, Nabi Muhammad SAW lahir dalam kalangan
orang Quraisy. Golongan Yahudi sangat marah lantas membuat kerosakan di sana
dan sehingga suatu ketika Nabi Muhammad menghalau mereka kerana mereka telah
memecahbelahkan umat Islam.
Rentetan peristiwa di Palestin
- Saidina Umar Al-Khattab menghantar seramai 30 000 tentera Islam yang diketuai oleh Abu Ubaidah Amir Al-Jarrah untuk menentang 700 000 tentera Rom yang pada ketika itu merupakan sebuah empayar yang sangat hebat. Perang ini dinamakan sebagai Perang Yarmouk dan inilah detik pertama kalinya Bumi Palestin diselamatkan. Allahuakbar!
- Saidina Umar kemudian pergi ke Masjidil Aqsa untuk mengambil kunci Al-Quds daripada Yahudi. Di sana, Saidina Umar pegi ke suatu tempat yang tinggi dan memberikan khutbah. “Kita adalah kaum yang dimulikan dengan Islam, Sesiapa yang mencari kemuliaan dengan nama bangsa dan keturunan (selain daripada Islam) maka dia akan dihina oleh Allah”
- Beberapa dekad berlalu, disebabkan umat Islam pada masa tersebut lari dari landasan Islam yang sebenar, Palestin kembali ditakluk oleh tentera Salib.
- Beratus-ratus tahun Palestin berada di bawah taklukan tentera Salib. Satu tempoh yang agak lama.
- Namun, sekali lagi pejuang muda Islam, Salahuddin Al-Ayubi Berjaya menakluk kembali Palestin ke tangan kerajaan Islam. Allahu akbar! Rentetan daripada peristiwa tersebut, Islam tersebar di seluruh pelusuk dunia.
- Pada zaman itu, Negara Eropah melalui Zaman Gelap yang tidak bertamadun. Ibnu Fadhlan(seorang Muslim) pada ketika itu melalui Eropah sebelum menuju ke destinasi beliau untuk berjumpa seorang pemerintah. Beliau bermalam di sana dan melihat sendiri cara hidup masyarakat Eropah ketika itu.
- Pada suatu hari dia tidur dan berjaga daripada tidurnya, dan dilihat seorang bangsa Eropah bangun daripada tidur dalam keadaan kusut-masai dan mengambil satu bekas untuk membasuh muka. Kemudian, dia meludah ke dalam bekas tersebut dan memberikan bekas tersebut kepada orang di sebelahnya. Orang yang seterusnya melakukan benda yang sama dan akhirnya bekas tersebut bertukar tangan dan sampai ke tangan Ibnu Fadhlan. Ibnu Fadhlan menolak bekas tersebut dek kerana jijik melihat cara hidup bangsa Eropah ketika itu yang tidak bertamadun. Peristiwa ini sendiri menggambarkan betapa hebatnya Islam ketika itu dan merupakan kerajaan yang paling bertamadun.
- Sistem khilafah ketika itu sangat hebat dan kehebatan Islam terserlah ketika itu apabila orang Yahudi sendiri menuntut ilmu daripada Ibnu Ruj, seorang Muslim daripada Zaman Andalus. Allahu Akbar!
- Pada tahun 1924, sekali lagi peristiwa yang amat menyedihkan umat Islam berlaku di mana sistem khalifah telah dijatuhkan. Menteri Luar British ketika itu pergi ke Syria dan pergi ke makam Salahuddin Al-Ayubi dan dia berkata. “Sesungguhnya perang salib belum selesai.”
- Pada 15 MEI 1948, berlaku Nakbah Palestin yang amat memeritkan umat Islam. 750 000 orang Palestin dihalau oleh Yahudi dari bumi mereka sendiri. Yahudi laknatullah merosakkan 500 buah perkampungan.
- Pada tahun 1949, Ramai pihak IM dibunuh oleh musuh Islam.
- Pada tahun 1980an, Hamas cuba membebaskan Palestin namun masih gagal.
1. Sabda Nabi SAW mafhumnya;
“Ketika mana di akhir zaman, berlaku
peperangan besar di akhir zaman dan kubu yang terbaik adalah Ghutoh.”
*Beberapa hari yang lepas, pejuang Syria
telah Berjaya menawan Ghutoh. *
2. Abi Tha’labah: “Wahai sahabat-sahabat
sekalian, pernahkah kamu menghafaz hadith Nabi SAW mengenai kepimpinan?” Abu
Huzaifah Al-Yaman: “Aku Hafaz.”
Abi Tha’labah: “Katakanlah, katakan.”
Abu Huzaifah: (mafhumnya) “Nabi Muhammad
SAW pernah berkhutbah mengenai fasa pemerintahan
1. Fasa
Nubuwwah (kenabian)
2. Fasa
Mulkun ‘ala Minhaj Nubuwwah (khalifah)
3. Fasa
Mulkun Addhun
4. Fasa
Mulkun Jabbar (pemerintah kuku besi) –umat Islam ditindas yakni hari ini
5. Fasa
Mulkun ‘ala Minhaj Nubuwwah thumma Sakoto. “
3. Rasulullah SAW bersabda mafhumnya, “Akan ada dalam kalangan umatku,
mereka akan menjuangkan hak mereka walaupun mereka ditindas sehingga datang
pertolongan Allah.” Sahabat bertanya,
“Siapa ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “ Mereka adalah kelompok yang
berada di Baitul Maqdis dan mereka yang berada di sekelilingnya.”
Justeru, sahabat-sahabat. Apa peranan kita? Kita lihat
bagaimana pejuang Islam, Ayub Al-Ansori yang begitu yakin dengan hadith
Rasulullah bahawa suatu hari nanti seorang pemimpin yang hebat akan menawan
kota Constantinople. Ketika usia beliau menjangkau 80 tahun pun, dia turut ikut
serta dalam peperangan yang diketuai oleh Yazid bin Muawwiyah kerana keyakinan beliau yang tidak pernah goyah akan hadith Rasulullah bahawa tentera Islam pasti akan menang suatu hari kelak.
Yakinlah dengan janji Allah bahawa suatu masa kelak, Islam
pasti akan menang dan jangan pernah berhenti untuk mendoakan saudara-saudara
kita. Sama-sama kita berusaha untuk menjadi Muslim yang lebih baik. InsyaAllah.