Tuesday, 23 November 2010

oh hati!


Ramai yang berkata.
Ramai yang melihat.
Ramai yang memerhati.

Tetapi sejauh manakah hati-hati ini mampu merealisasikan amar ma'ruf nahi munkar,
meroboh benteng ketakutan yang bukan pada tempatnya...
memecah tembok ego pada diri...

untuk sama2 menegakkan agama Allah...

Allahu Akbar!!!




Kuatkanlah hati2 ini...kuatkanlah iman kami...


Dari Abu Sa’id Al-Khudri rodhiallohu ‘anhu dia ber
kata: Aku mendengar Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)


Melihat, memerhati, mengata...sesungguhnya tidak membawa apa2 faedah tetapi akhirnya nanti membawa kpd dosa mengumpat.


1. Mengubah melalui tangan (kuasa, tugas @ tanggungjawab yg telah diamanahkan)
bukanlah mengubah dgn tangan @ lengan @ penumbuk dan sebagainya.

Sejauh mana seorang pemimpin mampu menggunakan kuasa yang ada untuk sama2 mencegah kemungkaran...
membuat perancangan dgn sebetulnya, saling menasihati dan mengajak ke arah kebaikan dan mecegah kemungkaran...

bukanlah hanya menutup sebelah mata atau dua2 mata and buat don't know...

Sabda rasulullah s.a.w daripada abdullah bin umar r.a:

“Kamu semua adalah pemimpin dan kamu akan dipersoalkan setiap apa yang kamu pimpin.Seorang imam (pemimpin negara) adalah pemimpin dan akan ditanya (dipersoalkan) apa yang telah dipimpinnya….”


sudah jelas lagi bersuluh dinyatakan kamu semua adalah pemimpin...
maksudnya kamu, kamu dan KAMU adalah pemimpin!
tidak takutkah kamu? setiap apa yang kamu pimpin akan dipersoalkan kelak...
tidak kiralah memimpin diri, rakyat dan lain2...
kamu adalah pemimpin.

2. Mengubah dengan lisan

Lisan selalunya dikaitkan dgn mulut yakni mengeluarkan suara dan berkata2...
tapi bukanlah membawa maksud mengata, mengumpat dan mengeji...
sesungguhnya, tiada sebarang manfaat daripada yang sedemikian melainkan
kita menasihati dan mengajak ke arah kebaikan..
setidak2nya...janganlah bersubahat dgn mendiamkan perkara tersebut...
gunalah nikmat berkata2 yg Allah kurniakan dgn sebaik2nya....

3. Mengubah dgn hati

WAJIB meyakini bahawa kemungkaran itu memang HARAM dan membencinya...
namun...ia adalah selemah2 iman...

ya LEMAH...
lemah bermaksud apa? tahap yg tinggi atau rendah?

sama2 lah kita muhasabah diri...
sejauh manakah yang telah kita lakukan untuk ISLAM...
sejauh manakah pengorbanan kita...





Wahai hati, kuatkanlah dirimu...janganlah engkau lemah.

Selagi masih bernyawa....kuatlah wahai hati...kuatkanlah daku wahai Pemilik hati...

No comments:

Post a Comment