Thursday, 29 April 2010

@_#

Melangkahkan kaki di lapangan terbang Kuala Lumpur. Satu dunia yang sibuk, sesak dengan manusia yang berduyun2 setanding dengan arus masa yang cepat. Seakan2 berada di satu dunia yang asing, berbeza dari kampung halaman.

Bersama ayah dan ibu di sisi menantikan ihsan manusia yang sudi menjadi ‘pemandu pelancong’ sementara untuk rombongan kecil ini.

Di perut kapal terbang jelas kelihatan senyuman yang lebar kerana gembira dengan kehadiran ayah dan ibu di sisi. Dia seperti kebiasaannya bergurau senda walaupun di sudut hati risau akan badai yang mungkin akan ditempuhi. Saat menoleh ke belakang ingin melihat raut wajah ibu dan ayah, jelas kelihatan wajah ibunya yang sayu dan hanya tunduk menghadap kerusi di hadapan.

Menaiki bas dari terminal x, KLIA hingga terminal y dan kemudiannya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Dia tertidur sementara menantikan azan subuh berkumandang. Keletihan jelas terpancar dari raut wajahnya.

Selesai subuh, rombongan kecil itu menaiki bas seterusnya. Kebimbangan mula meyergah benak minda menerokai bumi asing kerana baru pertama kali menjejakkan kaki, hanya doa dan tawakal menjadi bekalan.

Matahari terik yang gembira mempamerkan cahayanya mendatangkan seribu keletihan terhadap rombongan kecil tersebut yang akhirnya menginap di salah sebuah hotel kecil, yang dirasakan mampu dijadikan tempat untuk menghilangkan kegusaran di hati dan minda. Semoga hari esok kekuatan baru yang bakal menguasai dirinya.

Krook.krook.krook. Perut telah memulakan konsert kecil. Rombongan itu keluar mencari makanan yang mampu mengalas perut. Setelah mendapat kembali tenaga yang diperlukan, dia bergegas ke hotel untuk mengambil barang dan pergi bersama ayah dan ibu ke sebuah resort yang sangat indah.

PENDAFTARAN.. Rombongan tersebut menapakkan kaki menaiki tangga menuju ke dewan pendaftaran. Dia pergi mendaftarkan diri berbekalkan helaian2 kertas dan wang yang mencukupi.

Saat ini, dia berbicara sendiri di dalam hati ingin mengumpulkan sebanyak2 kekuatan dalam diri. Dia berasa sebak kerana ini pertama kali berjauhan dari kelurga. Namun, ketabahan harus menyusuri.

Ketabahan hati mencerminkan kesungguhan peribadi.
Selagi msih bernyawa, cekallah sahabat2...tabahlah...

sabarlah kasih. sabarlah sayang.

Jam menunjukkan pukul 10.15 pagi. Mentari setia cerah memancarkan cahayanya bersama sinaran ultraungu. Dia sangat letih memikul sebegitu banyak bebanan beg plastik bersama beg tangan di sisi. Seusai membeli barang dari sebuah pasaraya, dia menunggu teksi dengan penuh kesabaran. Sabar itu kan cantik.

Seorang lelaki mungkin dalam lingkungan usia sekitar 50-an tiba2 berhenti di hadapannya. Pak cik tersebut mula berbicara, “ saya ada seorang anak perempuan.”. Mungkinkah dia berjaya mengingatkan pak cik itu akan anak perempuannya. Dirinya berasa sebak. Seorang diri berdikari di bumi asing mendengar akan kisah seorang ayah yang teringatkan anak perempuannya. Hati siapa yang tidak terusik?

“Anak saya sakit. Dia perlukan kerusi roda tapi saya x ada duit yang cukup”, pak cik itu menyambung perbualan. “dah berapa lama dah?”, “dalam 3 tahun setengah”. “oh...”

Terbayang wajah2 keluarga di rumah. Terbayang kasih sayang ayah, pengorbanan ibu. Manisnya ikatan kekeluargaan.

“Tolong saya? Tolong saya boleh? Nak beli kerusi roda untuk anak saya. Saya nak lihat dia berjalan semula”, hati siapa yang tidak luruh saat mendengar permintaan seorang ayah demi anaknya.

Sepanjang perjalanan, dia seperti cuba menyelongkar beg comelnya, berharap agar ada sedikit wang yang mampu diberikan kepada si ayah. Kelihatan seperti pak cik itu melihat beg2 plastik sahabatnya di hadapan. Tiba2, “ tolong saya.ok?”, “tolong saya”. Seakan2 mendesak sepanjang perjalanan. Sahabatnya berkata, “Pak cik, sabarlah. Sabarkan cantik”. “Ya, ya. Sabar itu sangat cantik!”

Sabar itu cantik. Sabar itu indah. Begitu mendalam sekali maksud kesabaran. Semoga di masa kelak, kesabaran yang mendahului tiap langkah yang dikehendaki. insyaAllah. Apa2 pun, husnu zhonlah dalam setiap perkara.

Selagi masih bernyawa...

Saturday, 24 April 2010

sepinya malam...mungkinkah sama dgn sepinya hati-hati ini dgn juadah rohani...

mengapa wujudnya lapar pd perut tp bukan lapar pd hati-hati ini...
Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ” Mak jawab, “dua-dua bukan..” Saya tercengang..Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..” Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak. Secret Admire “Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh.

Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak.. “Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya. Adakah ia suatu diskriminasi? “Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.

Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah..

Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ” “Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.

Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ” Redha “Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun.

Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


dipetik dari iluvislam.

selagi masih bernyawa...peringatilah diri dgn peringatan...

Thursday, 22 April 2010

weakness...

Betapa lemahnya...hati-hati ini...
selagi masih mampu menuturkan kata nafi, memalingkan muka dalam berbuat amal ibdah...
timbullah satu bintik hitam mnjadi tanda lemahnya iman kita...

Bumi Mesir berubah cerah...menghangatkan tiap makhluk dicipta Allah...
"minum banyak air"...pesanan saudara dr malaysia tanda bimbang dan sayang...

Nikmat kesihatan.
nikmat Illahi yg hilangnya tangis membanjiri...adanya alpa menjuarai...
layakkah pingat kealpaan menjuarai carta iman kita...
sedangkan telah termeterai perjanjian dgn Allah utk beriman...

mengapa terlalu sedikit yang bersyukur dan mengingati Allah?
moga diri ini dekat kepadaMu ya Allah...

jari masih menari laju memikirkan bicara seterusnya...

bila sakit...payahnya berbuat ibadah...
bila sakit..semua kerja terbengkalai...
bila sakit..."Ya Allah...sembuhkan aku..."
bila sakit..."bila nk sembuh ni??"

bila sihat...berapa ramai...
memperelokkan ibadah...
menyiapkan urusan pekerjaan...
mengingati Allah...bersyukur...

namun...sentiasa selitkan dalam naluri hati...
sakit...hadirmu penghapus dosa...membawa hati kembali mengingati janji Allah...


selagi masih bernyawa...bersyukurlah dengan nikmat Allah..

Monday, 19 April 2010

kejayaan vs keberkatan

Mindaku berpusing ligat detik itu bagaikan menanti satu pencarian yang mustahil...

mencari buah yg telah gugur dihanyut air deras...
mencari batu kecil di lautan yg luas...
mencari kerdilnya makhluk bernama burung yg terbang bebas di langit Illahi tanpa memikirkan rumitnya masalah hidup....

sukarnya mencari sesuatu yang telah jauh pergi meninggalkan kita dek kerana diri ini yg leka...
kerana diri ini yang tiada kekuatan..
kerana diri ini tiada azam...
kerana tiada keberkatan yg dtg menapak...

lantas..berapa ramai yg mendambakan pencarian itu...
terbentangnya ilmu seluas alam...
bertuankan minda rahmat tuhan..
berapa ramai yg bersyukur?

tiada keberkatan pada ilmu yang hanya digali saat tingginya keazaman hanya ingin mencerobohi dinding kegagalan demi memperolah kejayaan...
di mana hati yang benar2 mencari?
di mana jiwa yang benar2 dahaga?
akan ilmu Allah yg luasnya tiada bandingan....

saat ini...detik ini...hanya tawakal mengawal naluri...
sesungguhnya...diri ini telah berusaha...
moga ilmu yang dikecapi akan tersemai abadi dalam diri...

selagi masih bernyawa...ikhlaskan hati mengejar ilmu dunia dan akhirat..
moga insan kerdil ini...bisa menjadi penyumbang kpd bangsa dan agama...

bit taufiq wan najah sahabat2 sekalian...

Sunday, 18 April 2010

bermulanya di sini...

Bismillahirrrahmannirrahim....

kalimah suci itu bagaikan satu simbolik meraikan kewujudan satu laman yang mengharapkan perubahan yang baru...

TikA jari-jemari bermain laju menyusuri papan yg setia mengorbankan diri demi tuannya...
terngiang-ngiang suara bilal yg merdu mengumandangkan azan lantas zuppp satu perasaan menerpa tanda menyambut sayu seruan azan... Allahuakbar...

begitu setia sang papan kepada tuannya...
mengapakah susah untuk umat manusia bangkit dari gelumang kenikmatan dunia utk mengerjakan apa yg telah termaktub wajib bagi dirinya?
seolah2 lupa akan sakitnya seksaan neraka dan indahnya syurga yg dijanjikan...

moga hati-hati ini mampu memenangi peperangan yg dicetuskan oleh makhluk2 pendengki yg menyesatkan...

selagi masih bernyawa...cubalah utk setia kpd sang Pencipta...