Melangkahkan kaki di lapangan terbang Kuala Lumpur. Satu dunia yang sibuk, sesak dengan manusia yang berduyun2 setanding dengan arus masa yang cepat. Seakan2 berada di satu dunia yang asing, berbeza dari kampung halaman.
Bersama ayah dan ibu di sisi menantikan ihsan manusia yang sudi menjadi ‘pemandu pelancong’ sementara untuk rombongan kecil ini.
Di perut kapal terbang jelas kelihatan senyuman yang lebar kerana gembira dengan kehadiran ayah dan ibu di sisi. Dia seperti kebiasaannya bergurau senda walaupun di sudut hati risau akan badai yang mungkin akan ditempuhi. Saat menoleh ke belakang ingin melihat raut wajah ibu dan ayah, jelas kelihatan wajah ibunya yang sayu dan hanya tunduk menghadap kerusi di hadapan.
Menaiki bas dari terminal x, KLIA hingga terminal y dan kemudiannya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Dia tertidur sementara menantikan azan subuh berkumandang. Keletihan jelas terpancar dari raut wajahnya.
Selesai subuh, rombongan kecil itu menaiki bas seterusnya. Kebimbangan mula meyergah benak minda menerokai bumi asing kerana baru pertama kali menjejakkan kaki, hanya doa dan tawakal menjadi bekalan.
Matahari terik yang gembira mempamerkan cahayanya mendatangkan seribu keletihan terhadap rombongan kecil tersebut yang akhirnya menginap di salah sebuah hotel kecil, yang dirasakan mampu dijadikan tempat untuk menghilangkan kegusaran di hati dan minda. Semoga hari esok kekuatan baru yang bakal menguasai dirinya.
Krook.krook.krook. Perut telah memulakan konsert kecil. Rombongan itu keluar mencari makanan yang mampu mengalas perut. Setelah mendapat kembali tenaga yang diperlukan, dia bergegas ke hotel untuk mengambil barang dan pergi bersama ayah dan ibu ke sebuah resort yang sangat indah.
PENDAFTARAN.. Rombongan tersebut menapakkan kaki menaiki tangga menuju ke dewan pendaftaran. Dia pergi mendaftarkan diri berbekalkan helaian2 kertas dan wang yang mencukupi.
Saat ini, dia berbicara sendiri di dalam hati ingin mengumpulkan sebanyak2 kekuatan dalam diri. Dia berasa sebak kerana ini pertama kali berjauhan dari kelurga. Namun, ketabahan harus menyusuri.
Ketabahan hati mencerminkan kesungguhan peribadi.
Selagi msih bernyawa, cekallah sahabat2...tabahlah...
No comments:
Post a Comment